Tuesday, 5 February 2013

The King of my Heart *

assalammualaikum pembaca ~ semoga kalian sihat sentiasa

bila dah mula bekerja ni, semakin meningkatlah umur kita. semakin meningkat umur makanya semakin lupalah kita. that's why i forgot my lovely King's birthday!!
.
.
.

Encik Mohamad Yusof b Salam
[ 05 Februari 1957]
56 years old

firstly, kakak betul2 minta maaf dedi because a little bit late wishing you happy birthday. banyak sangat benda dalam kepala ni berpusing sampai lupa benda2 penting yang dulu akak selalu buat..

you are my best best best best and theeeeee beeeeesssssttttttt dad ever!! no one can replace you. no one can complete my life just like you did! 

you are my superHERO
you are my superDADDY
you are my EVERYTHING

why you are such important in my life?

sebab, kalau tak ada dedi tak akan ada kakak =)
sebab dedi selalu ada dengan kitorg.. walaupun dedi tak banyak bercakap.. dedi jarang marah.. dedi jarang rotan kitorg but we all know you always been there for us.

belum ada lagi lelaki yang dapat ganti tempat dedi in my life. belum and belum and belum jumpa.

dedi sabar.. dedi rajin.. dedi kuat!! =D dedi tegas.. dedi ajar kitorg dgn tunjuk contoh dulu..dedi lovely.. dedi sayang mami.. dedi xpernah guna harsh words .. dedi xpernah maki2.. anddddd dedi is the mosttt handsome father! hihi.. jadi.. hasilnyaaaaaa.. lihatlah  your childrens!!!! taaadaaaaaaaaaaaa

this is your kids! we love you daddy


 "ya Allah.. aku mungkin bukan anak yang baik.. anak yang solehah.. cuma aku pingin Kau sudi mendengar doaku dan permintaanku.. Ya Allah.. Kau lindungilah dedi mami ku.. Kau sayangilah mereka seperti mana mereka mengasihiku.. Kau panjangkan umur mereka jika itu yang terbaik buat mereka.. kau teguhkan hati mereka.. berikan mereka ketenangan, kebahagiaan, kesihatan, kelapangan hati dan keampunan atas kesilapan2 yang telah mereka lakukan.. Kau sampaikan seru untuk mereka menjadi tetamu Mu di rumah Mu nanti.. ya Allah, jadikan aku anak yang mampu membalas jasa orang tua ku..".... 

aminn ya rabbal alamin..

sampaikan rinduku dari kejauhan ini buat mereka.

haaa.. tambah sikit... this is for you! from your beautiful chubby daughter =P

nyum2! mari makan!!
 

so and so
^ mimi ^


Tuesday, 29 January 2013

# Tersepit

assalammualaikum pembaca ~ semoga kalian sentiasa dirahmati

apa yang you all akan buat bila jari tersepit dengan pintu kereta?=P
apa yang you all akan buat bila daging pipi tersepit antara gigi masa kunyah makanan? =P

i believe that most of us had experienced all those situation right? so, obviously most of us will...

Adoooooiiiiiiiiiiiiii!!!
.
.
.
Ouuuuucccchhhhhh!!!
.
.
.
Aduhhhhhhhaaaaiiiii!!!

with the same ending......... Sakitnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! isn't it?

tapi macam mana pula kalau hati yang tersepit. it was not a good feeling kan.. kan kan..
tambah-tambah kalau tersepit antara dua-dua yang paling kita sayang. yang biasa kita dengar
"ditelan mati emak, diluah mati bapak."
habis tak kan nak kulum sampai ke sudah. @_@

masing-masing tak mahu mengalah. masing-masing tak mahu berkorban. oleh yang demikian sewajarnya aku yang bekorban. kenapalah perkara yang mudah perlu dirumitkan sehingga tahap begitu sekali. 

kalau aku teruskan dengan pendirian ku ini, aku pasti banyak hati yang akan aku lukakan. demi kebahagiaan aku, tegarkah hati ini untuk melukakan setiap hati yang aku sayangi.. 

ke kiri salah... ke kanan salah... ke depan haruslah salah.. ke belakang apatah lagi... hmm
habis?? kena jalan ziq zaq la macam ni.. hihih

aku cuba ketawakan hati. senyumkan diri setiap pagi aku keluar bekerja. aku tinggalkan masalah yang jam dalam otak aku ni dekat rumah sementara aku tunaikan tanggungjawab sebagai seorang guru. malangnya, perkara yang paling aku risaukan jadi sewaktu aku bekerja. 

aduh! hati aku mengeluh. time2 macam ni juga lah nak jadi pun. semua serba tak kena. kerja aku tergendala. tetapi hati akau kuatkan sambil teringat pesan Dr. Fatanah. "kerja mesti ikhlas dan buat betul2."

daddy.. mami.. and family dan juga encik buah hati... cubalah kalian fahami hati dan kehendak diriku ini. aku ingin bahagia. seperti orang lain.

so and so
^ mimi ^

Monday, 21 January 2013

kisah aku & soya ^

assalammualaikum pembaca

aku ingin berkongsi sesuatu. tentang diri aku dan air soya.

if i'm not mistaken, this incident happen on 1999.

masa itu bulan Ramadhan. bulan puasa penuh barakah. yakni dimana kalau orang islam pergi bazar ramadhan antara air yang menjadi rebutan adalah air tebu dan soya. kan kan kan kan? =D

same goes to me. i prefer soya than sugarcane. so, aku belilah sebungkus besar air soya. perut bunyi.. pelu meleleh sama seperti peluh kat plastik air soya tu. uish sedapnye... tak terkata...

sampai di rumah :

"Allahu Akbar! Allahu Akbar!......."

aku pun dengan bismillah terus teguk air soya tu.. banyak sangat2 aku minum.. pas minum minum lagi.. pastu minum lagi... pastu minum lagi.. pastu minum lagi.. pastu minum lagi..

wattaamaaaaat... habis akhirnya soya aku..

sekali tyme aku dah nak tido... buuuurrrrrllll... perut mendidih... then..... bbuuuuuweeeeekkkksss!~

and the "buweks" sound repeat for than 5 times. Oh my God!!!

start from that date, i never drinks soya again!! punya lah lama aku pantang..bertahun2 taw.. sampailah aku berani balik minum soya masa masuk UPM! beli kat GUC... masa tu terasa sangat la sedap air ini... hihihihi

sampailah aku bekerja di Betong ni, soya masih feveret aku taw.. tapi i ade cara i sendiri kalau nak minum soya nih.. sampai tokeh kantin dah hafal ayat aku :
" letak ais dlm cawan, jgn bukak tin soya, saya nk tuang sendiri." hahahah






hahahaha... macam ni la ghupenye yeeee... sebelum dan selepas!! enjoy!~~ nyum


so and so
^ mimi ^

::bangun pagiku::

assalammualaikum pembaca..

hati mana tak teringin kawin kan.. samalah macam aku.. tambah-tambah dah umur 25 ni.. tapi aku tengok akak-akak aku relax je hohoh

jadi ... [aku akan berusaha untuk merelaxkan diri aku ini =P ]

kadang-kadang aku berfikir jugak taw, kenapalah aku ni macam belum jumpa jalan yang menuju ke arah perkahwinan ni.. last2 aku dapat idea!!!

Bangun Pagiku!!!!

macam mana nak kawin kalu bangun pagi pun alahai macam taugeh xrendam dalam air... lemau..

teeettt.. teeeettt ..teetttt.. bunyi alarm handphone ku..hihi.. ala2 la bunyi die gitu.. tapi lain sikit sebenarnye... capai tangan, bukak sebelah mata, oh.. baru 5.30 am... maknanye baru 10 minit masuk waktu subuh.. and.. kesengalan itu terbukti, bila badan ni boleh plak tergolek balik sambil peluk bantal busuk aku yang warna biru putih tu...

aw! classic alarm clock i taw.. =P padahal guna hp je

makanya, terlajakla tuan puteri ini hingga 6.15 am.... what???!!! 6.15 am baru nak bangun anak dara?! subuh gajah dinasour namanya tu. ish2..

handphone bunyi and semestinya Encik Putera Hati yg call.. annnnnnndddddddd semestinya aku kene marah huhu ='(

pagi2 lagi dah kene marah.. hmm.. sedih kan.. sarapan pagiku adalah = kemarahan.. biasanya aku bangun tidur wajib minum air masak segelas dulu. tapi pagi tadi aku sarapan dengan kemarahan. terus rasa tak termotivasi untuk pergi kerja. tapi bila fikir-fikir balik, memang dah salah aku..

tapi dengan masa 2 minit, aku duduk bersila dan bermonolog :
"jangan sedih mimi nazira, dia marah mungkin sebab dia sayang kau. tapi kau akan lagi sedihhhhh.... if..... kau tak bangun solat subuh SEKARANG! =P"

cepat2.. ambil wuduk dan solat... mohon keampunan atas kelewatan dan mohon kekuatan untuk hari berkenaan.

and wahai Mr. Lelaki :
"tolong la jangan marah pagi2.. pilu hati..".

Tuesday, 8 January 2013

Resepi : Masak Lemak cili Api Ikan Keli Salai

haaa... tiba-tiba hari ni rasa nak update pasal satu lauk favourite i taw! bertambah lagi suka kalu yang masak itu Pn. Hindun (my mummy  la kan) hihi.. so aku nak share the best recipe ever ni! air tangan bonda tau =D

bahan-bahan :

  • ikan keli 
( sudah disalai)
  • santan 
 (pati santan lebih kurang RM 4... ni yg ikut mummy lah.. boleh orter sendiri tw)
  • cili padi
 (ikut tahap ketahanan masing-masing la =D tapi family kitorg selalu guna lebih dari segenggam)
  • kunyit
(beberapa ketul... xtau penjodoh bilangan bagi kunyit. =P)
  • pucuk asam gelugur
(dihiris halus-halusssss)
  • garam
  • gula

cara-cara memasak :

  1.  tumbuk cili api bersama kunyit sehingga lumat
  2. masukkan separuh daripada pati santan ke dalam kuali (masak dlm kuali. senang nak kacau.. xlah jadi tahi minyak )
  3. tambahkan air masak. (jangan terlalu banyak)
  4. biarkan santan mula mendidih dan masukkan cili api yang telah ditumbuk tadi.
  5. kacau sehingga warna kuning kunyit menjadi sebati dan cantik.
  6. masukkan garam dan gula secukup rasa. (mummy cakap : kalau garam cukup pasti lauk tidak akan tahi minyak.)
  7. biarkan kuah tadi mendidih dan kacau secara berkala.
  8. masukkan ikan keli yang telah disalai. biarkan seketika.
  9. masukkan hirisan pucuk asam gelugur tadi.
  10. selang 2 minit, masukkan baki pati santan yang telah diasingkan pada awal tadi
  11. haaa tips no 10 tu, nak elak tahi minyak taw. baru gulai cantik!!! =D
  12. biarkan mendidih dan.....
tadaaaaaaaa....!!!!!
sedapnyeee... di makan dengan nasi panas ^_^


selamat mencuba pembaca!! ori dari oghang nogori taw!


so and so
^ mimi ^


Monday, 7 January 2013

i will be one of them! promise^

assalammualaikum sang pembaca. =) jariku menari lagi.

"tegarnya kau menari di atas tangisanku.. kau permainkan ku sesuka hatimu.." (hihi.. tiba-tiba keluar pula lagu ni)

tak ada kaitan pun okay lagu di atas.

aku masih or sedang bekerja sebenarnya. tetapi keboringan datang menjelma = P oleh yang demikian ku gunakan sedikit minit untuk menaip di sini. aku ingin berkonsgi sesuatu sebenarnya. tentang apa? tentang impian dan kejayaan..

eh eh.. tiba-tiba blank. kejap lagilah sambung. nak ubah sesuatu perkara sebentar.

                                                                                                                             so and so
^ mimi ^

Friday, 4 January 2013

kusut.

assalammualaikum pembaca.~

saya berada dalam keadaan yang tidak berapa baik. saya  sudah memasang niat dan menanam azam untuk menjadikan tahun 2013 jauh lebih baik daripada tahun 2012. saya tidak lagi mahu berada dalam kekusutan, kebingungan, kesedihan dan tidak tahu apa yang ingin dilakukan. saya berasa lebih bersemangat dalam menjalankan tugas dan kerjaya saya. ada sesuatu yang saya inginkan pada tahun ini. saya akan pastikan ianya tercapai.

dalam masa yang sama, saya berusaha menjaga hubungan antara makhluk dan Penciptanya. masih ditahap mencuba sebaik mungkin untuk istiqamah. itu jihad yang amat besar. saya menjadi seorang yang lebih serius dalam kebanyakkan hal. tidak kira apa juga.

namun, dalam semangat yang membina, ada sesuatu yang mengganggu saya. saya cuba sebaik mungkin untuk menepis kebingunan ini. tapi tiap kali itu juga perkara tersebut datang mengganggu.

saya sangat perlukan kekuatan saat ni.

wassalam

so and so
^ mimi ^