Saturday 22 December 2012

bakal suamiku.~

malam ini aku menaip dalam keadaan sayu. Tuhan, Kau sangat memahamiku. Kau turunkan hujan di malam hari begini sebagai teman jari-jariku. 

ya, aku mengerti.

ya, aku faham.

ya, aku sering mendengarnya.

ya, aku sering katakannya.

tetapi bila aku sendiri berdepan dengannya, tidak semudah yang ku sangka.

" kita merancang, Allah juga merang dan Dialah sebaik-baik perancang."

aku selalu memujuk hatiku dengan ungkapan macam di atas. korang biasa dengar juga kan. tapi sebenarnya jauh di sudut hati kecilku, aku berasa takut. risau. gelisah. sedih. semuanya kerana segalanya belum pasti. jadi aku terlalu memikirnya.

bulan2 cuti sekolah ni, satu satu teman dan sahabat ku mendirikan syurga dunia. tapi aku, masih dalam belenggu. aku tidak bebas berbual tentangnya dihdapan keluargaku. aku tidak bebas menceritakan perkembangan hubungan kami. seperti mana dia bebas bercerita dengan ibu bapanya. 

RESTU.

ya, itu yang aku cari dan mohon dari keluargaku. restui kami.semakin meningkat usiaku aku semakin takut. kerana apa, kerana kami semakin bahagia. terlalu banyak dugaan yang aku tempuh. terlalu banyak kekuatan yang masing2 dah terapkan untuk hubungan ini. aku tidak pasti kekuatan saki baki yang tinggal dalam diriku. kadangkala pergantunganku rapuh. kadangkala pergantunganku goyah.

di saat ini, aku sangan merindui dan memerlukan kamu [Mohd Sobri B. Amali]

No comments:

Post a Comment