Friday 4 January 2013

kusut.

assalammualaikum pembaca.~

saya berada dalam keadaan yang tidak berapa baik. saya  sudah memasang niat dan menanam azam untuk menjadikan tahun 2013 jauh lebih baik daripada tahun 2012. saya tidak lagi mahu berada dalam kekusutan, kebingungan, kesedihan dan tidak tahu apa yang ingin dilakukan. saya berasa lebih bersemangat dalam menjalankan tugas dan kerjaya saya. ada sesuatu yang saya inginkan pada tahun ini. saya akan pastikan ianya tercapai.

dalam masa yang sama, saya berusaha menjaga hubungan antara makhluk dan Penciptanya. masih ditahap mencuba sebaik mungkin untuk istiqamah. itu jihad yang amat besar. saya menjadi seorang yang lebih serius dalam kebanyakkan hal. tidak kira apa juga.

namun, dalam semangat yang membina, ada sesuatu yang mengganggu saya. saya cuba sebaik mungkin untuk menepis kebingunan ini. tapi tiap kali itu juga perkara tersebut datang mengganggu.

saya sangat perlukan kekuatan saat ni.

wassalam

so and so
^ mimi ^

No comments:

Post a Comment